Tuesday 24 January 2012

Pengenalan

Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat) MRSM Mukah telah rasmi ditubuhkan pada 21 April 2011. Anggotanya terdiri daripada kalangan ibu bapa yang telah dipilih pada mesyuarat muafakat serta para guru MRSM Mukah.

Ahli Muafakat MRSM Mukah 2011/12


Objektif penubuhan
  • Menyediakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Mukah.
  • Membantu dan menambah usaha MRSM bagi memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan pelajar dalam kegiatan mereka.
  • Membolehkan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar MRSM bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan pada amnya.
  • Memberi peluang kepada ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar MRSM berunding antara satu sama lain berkenaan cara membaiki taraf pendidikan pelajar-pelajar MRSM.
  • Mengukuhkan permuafakatan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar MRSM di peringkat kebangsaan serta untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.
  • Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan  ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar MRSM  mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek pendidikan MARA.